Tuk Tak - Cerita Zahid Ahmad Tentang Muzik Malaysia, Dram dan Proses Bikin Lagu

Write a review
| Ask a question
SKU: ZAHIDBK2
By Others
RM45.00

Nama Zahid Ahmad begitu besar dalam kalangan pemuzik dan artis tetapi namanya jarang disebut peminat. Buku ini merupakan cerita tentang bagaimana Zahid mula menceburkan diri untuk bermain drum dan menjadi sebahagian daripada pemuzik kumpulan Rock pertama yang merekodkan album di Singapura.

Description:

Ketika fenomena Rock meledak pada pertengahan 80an, dia sekali lagi memilih arus yang berbeza dengan menjadi seorang drummer Jazz Melayu pertama yang mendapat bimbingan maestro Jazz negara, Michael Veerapen yang namanya masyhur di Berklee College of Music.

Zahid sudah melengkapkan fasa beliau sebagai seorang drummer. Dia pernah bermain di kelab malam sehinggalah dia menjadi antara sessionist terbaik yang terlibat proses rakaman album daripada Sudirman sehinggalah Ekamatra.

Pertemuan beliau dengan Roslan Aziz, Mac Chew dan rakan-rakan pemuzik yang lain akhirnya mencapai sesuatu detik penting dalam sejarah muzik negara. Zahid bersama-sama Roslan Aziz menjadikan Roslan Aziz Production (RAP) yang membawa kelainan dan revolusi baharu dalam muzik di Malaysia.

Dari tangan beliaulah lahir artis-artis besar seperti Sheila Majid, Zainal Abidin dan ramai lagi.

And the rest is history. Tuk Tak Cerita Zahid Ahmad Tentang Muzik Malaysia

Specifications:

  • Paperback
  • Publisher: Bukuku Press. 2021
  • Language: Bahasa Melayu
  • Size: 15cm x 23cm
  • No. of Pages: 216